Bengkel MDEC Online Marketing e-Usahawan Pelatih Giatmara Kepong
22 September 2019 | Aktiviti TerkiniBengkel MDEC Online Marketing e-Usahawan Pelatih Giatmara Kepong merupakan program kolaborasi di antara Pusat Internet PPR Intan Baiduri dan Pusat Internet PPR Beringin bersama MDEC dan Giatmara Kepong. Bengkel ini telah berlangsung pada 21 September 2019 di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Intan Baiduri dan telah memuatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada 2 bidang iaitu Fashion & Dressmaking dan Makeup & Beauty Therapy Pelatih-Pelatih Giat Mara Kepong.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah memberi pendedahan terhadap keusahawanan digital dalam kalangan belia khursusnya pelatih Giatmara dan seterusnya melahirkan pelatih yang mahir dalam bidang kemahiran dan keusahawanan digital apabila mereka menamatkan latihan kelak.
Pendekatan pemasaran melalui Sosial Media digunakan sepanjang pembelajaran berlangsung adalah:
- Pemasaran Fotografi Instagram
- Pemasaran Video Youtube
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: